'Anwarlah nakal menari bagai, kita nak berzikir...'

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ditempelak berhubung kenyataannya yang menyifatkan perhimpunan Tolak ICERD, 8 Disember ini sebagai nakal dan bersifat gimik politik.

Malah menurut Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Aminuddin Yahaya, sebaliknya Anwar yang bersikap nakal rentetan perangainya sebelum ini.

"Anwar Ibrahim kata kita ini nakal, dialah nakal dia menari 'lintang pukang' lagilah nakal, kita nak berhimpun nak berzikir nakal apa? jadi dia menari tak tentu pasal sebab itulah dia lebih nakal , tak salah pulak kita nak bersyukur pulak salah," katanya dalam sidang media selepas berakhirnya Kongres Tolak ICERD di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar berhubung himpunan Tolak ICERD.

Anwar yang juga merupakan ahli Parlimen Port Dickson dilaporkan berkata, kerajaan telah membuat keputusan yang sangat jelas untuk tidak meratifikasi ICERD, sebarang rancangan berhimpun berhubung perkara itu tidak lain sekadar "gimik politik yang nakal,".

Kata Anwar, keputusan kerajaan sangat jelas, pimpinan kerajaan telah berbincang dan menolak (ratifikasi ICERD).

Oleh itu katanya, sekiranya(pembangkang) mahu terus berhimpun (membantah Ratifikasi ICERD), ia jelas sekali satu gimik politik yang nakal.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin kerajaan telah mengumumkan tidak akan meratifikasi ICERD.

Artikel Berkaitan:

Pejabat Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus menjunjung perlembagaan persekutuan dan perjanjian kontrak sosial yang telah dipersetujui sekian lama.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD]

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!