SPRM tahan bekas Adun DAP Selangor

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Adun dari DAP di Selangor bagi membantu siasatan berkaitan dua kes tuntutan palsu bernilai kira-kira RM30,000, hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 41 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada pukul 3 petang dan berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

Difahamkan, bekas Adun berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau akan didakwa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu bagi dua program kemasyarakatan yang tidak pernah dilaksanakan pada tahun 2015.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!