Pasangan AS ada 14 anak dedah kehidupan dalam TV
LAS VEGAS - Satu pasangan berkulit hitam yang mempunyai 14 anak akan mendedahkan kehidupan mereka dalam satu program realiti televisyen baru TLC berjudul Doubling Down with the Derricos, lapor portal berita MailOnline pada 15 Julai lalu.
Program televisyen tentang pasangan Karen, 40. dan Deon Derrico, 49, dari Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) itu mempunyai anak kembar lima, tiga dan dua set kembar akan disiarkan pada bulan depan.
Pada mulanya, Karen melahirkan anak sulungnya iaitu seorang perempuan diikuti anak lelaki sebelum kembar-kembar itu dilahirkan kemudian.
Kesemua anak-anaknya kini berumur dua hingga 14 tahun dan dilahirkan tanpa sebarang pembedahan.
Kedua-dua keluarga mereka juga pernah mempunyai sejarah melahirkan anak kembar.
"Kami mempunyai hari yang baik dan buruk. Tetapi, rasa sayang-menyayangi tetap ada," kata Karen.
Sementara itu, portal majalah People melaporkan Presiden dan Pengurus Besar TLC, Howard Lee berkata dalam satu kenyataan: "TLC kerap menjadi tuan rumah untuk keluarga luar biasa dan Derrico akan mengangkat `luar biasa' itu ke tahap yang baharu." - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!