Katak bertukar warna kuning ketika musim mengawan

Gelagat amfibia tersebut ditonton lebih 206,000 kali dan mendapat 11,200 like sejak video itu dimuat naik di Twitter pada Isnin lalu. - Foto Agensi
Gelagat amfibia tersebut ditonton lebih 206,000 kali dan mendapat 11,200 like sejak video itu dimuat naik di Twitter pada Isnin lalu. - Foto Agensi
A
A
A

BHOPAL - Pernahkah anda melihat katak berwarna kuning?

Sekumpulan amfibia jantan spesies bullfrog bertukar warna kuning setiap kali tiba musim mengawan yang berlaku ketika fasa peralihan monsun antara Jun dan Julai setiap tahun menjadi tular di media sosial kerana keunikan haiwan tersebut.

Rakaman diambil kakitangan Taman Negara India ketika dia melakukan tinjauan ke atas amfibia terbabit di Narsinghpur, Madhya Pradesh di India.

Menerusi klip itu, kumpulan katak jantan yang berukuran 17.5cm itu dilihat cuba 'memikat' kumpulan kecil katak betina di sebuah kawasan lopak air.

Gelagat amfibia tersebut telah ditonton lebih 206,000 kali dan mendapat 11,200 like sejak dimuat naik di Twitter oleh Parveen Kaswan pada Isnin lalu.

Kaswan turut menjelaskan katak tersebut tidak beracun malah ia kadangkala menjadi hidangan penggemar makanan eksotik.

"Lihatlah bagaimana ia menikmati hujan walaupun persaingan sangat sengit untuk 'merebut' katak betina," katanya.

Menurutnya, fenomena tersebut juga tiada kaitan dengan musim koronavirus (Covid-19) dan serangan belalang juta yang melanda negara itu, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Spesies Hoplobatrachus tigerinus itu boleh ditemui di Afghanistan, Bangladesh, India, Myanmar, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!