Arsenal masih perlu beli pemain baharu

Alexandre Lacazette (kanan) berjaya mengatasi penjaga gol Liverpool, Alisson Becker untuk gol pertama Arsenal.
Alexandre Lacazette (kanan) berjaya mengatasi penjaga gol Liverpool, Alisson Becker untuk gol pertama Arsenal.
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta tetap menegaskan bahawa The Gunners masih perlu diperkuatkan walaupun menewaskan Liverpool, 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates.

Bekas penolong Pep Guardiola itu berkata, skuad kendaliannya itu masih perlu membawa masuk pemain baharu ke Emirates pada musim perpindahan pemain dalam usaha membentuk kesebelasan yang mantap.

Menurutnya, Arsenal perlu berani untuk melakukan pelaburan besar sekiranya mahu menyaksikan The Gunners terus bersaing dengan kelab hebat pada masa depan.

“Walaupun kita menang dengan kelab hebat seperti Liverpool, tetapi kita tetap jauh ketinggalan 40 mata di belakang dan berada pada tangga kesembilan.

“Oleh itu bagi saya, cukup jelas kita perlu memperkuatkan kelab dan saya tegas dalam soal ini,” katanya.

Pada perlawanan itu, anak buah Arteta terlebih dulu ketinggalan sebelum bangkit untuk melakar kemenangan ke-13 liga.

Arsenal bakal berdepan Manchester City untuk aksi Piala FA Sabtu ini sebelum bertandang ke Villa Park berdepan Aston Villa bagi saingan liga pada Selasa.

Sementara itu, Arteta berkata, dia memerlukan empat hingga kelima tahun untuk membentuk kembali kekuatan kelab berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, proses itu juga bergantung kepada kualiti pemain serta berapa lama tempoh pembentukan.

“Kita dalam proses untuk itu dan masih banyak perkara yang perlu kita berikan perhatian, cuma apa yang kita boleh kawal ketika ini adalah memastikan pemain yang benar-benar bersemangat untuk berada bersama kelab ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!