Sarawak tuntut hak satu pertiga kerusi di Parlimen

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
A
A
A

SHAH ALAM - Sarawak akan terus memperjuangkan haknya dalam mendapatkan semula peruntukan satu pertiga daripada keseluruhan 222 kerusi di Parlimen.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, penting bagi negeri itu untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan serantau selepas Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965.

"Sekiranya Sarawak dan Sabah tidak memiliki perwakilan satu pertiga di Parlimen atau kurang dari satu pertiga jumlah kerusi, maka pindaan Perlembagaan harus dilakukan berdasarkan kepentingan Semenanjung Malaysia yang juga memiliki perwakilan satu pertiga di Parlimen.

"Sabah dan Sarawak seharusnya mengekalkan satu pertiga daripada 222 peruntukan kerusi dan jika ini tidak berlaku, pengagihan kuasa di Parlimen hanya bergantung pada Semenanjung Malaysia.

“Kami (Sarawak) tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan dapat dipinda jika mereka (Semenanjung) mempunyai perwakilan lebih dari dua pertiga," katanya memetik laporan portal The Borneo Post dalam satu wawancara bersama media di Kuala Lumpur.

Menurut Abang Johari, Perlembagaan juga dapat dipinda sekiranya Sabah dan Sarawak masing-masing memiliki kurang dari satu pertiga perwakilan.

Menurut beliau, semasa penubuhan Malaysia pada 1963, Semenanjung mempunyai perwakilan satu pertiga dengan Sarawak mempunyai 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi di Parlimen ketika itu.

"Namun, setelah Singapura keluar dari Persekutuan pada 1965, peruntukan 15 kerusi tidak pernah diagihkan ke Sarawak atau Sabah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketika ini Sarawak dan Sabah masing-masing mempunyai 31 dan 25 ahli Parlimen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!