Belasah isteri selepas disuruh hantar anak ke sekolah

Suspek dibenarkan direman empat hari sehingga Sabtu ini untuk disiasat melakukan ugutan jenayah dan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.
Suspek dibenarkan direman empat hari sehingga Sabtu ini untuk disiasat melakukan ugutan jenayah dan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Hanya disebabkan menyuruh suami menghantar anak ke sekolah, seorang wanita bukan sahaja ditampar, malah turut ditumbuk di kepala serta ditendang di sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus, 8 Febuari tahun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, suspek berusia 38 tahun turut mengugut akan membunuh mangsa yang juga sebaya dengannya dengan pisau yang diambil di dapur rumah.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa ada meminta suspek menghantar anak mereka ke sekolah sebelum lelaki itu tiba-tiba berang.

"Permintaan mangsa bertukar menjadi perselisihan faham yang membawa kepada pertengkaran dan pergaduhan malah bertindak luar kawalan apabila menampar muka, menumbuk kepala dan menendang bahagian belakang badan isterinya.

"Tidak cukup itu suspek turut mengugut mahu membunuh mangsa dengan pisau yang diambil di dapur rumah menyebabkan isterinya lari keluar rumah. Suspek yang naik hantu cuba mengejar isterinya dengan pisau, namun mangsa berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Susulan kejadian itu mangsa yang mengalami kecederaan membuat laporan di Balai Polis Gong Badak.

Semalam, suspek yang hampir setahun menyembunyikan diri akhirnya berjaya ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sebuah rumah di Kampung Banggol Tok Jiring di sini, kira-kira jam 11.45 pagi.

Berikutan penahanan itu, suspek direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!