Jawatan Pengerusi Bersatu mungkin digugurkan

Dr Mahathir dan Mukhriz tidak layak bertanding kerana keahliannya sudah digugurkan.
Dr Mahathir dan Mukhriz tidak layak bertanding kerana keahliannya sudah digugurkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Terdapat desas-desus kemungkinan perwakilan akan mengemukakan usul bagi membuang jawatan Pengerusi daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada perhimpunan agung tahunan parti itu pada September ini.

Jawatan Pengerusi sebelum ini disandang Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum beliau mengundurkan diri dengan meletak jawatan pada 24 Februari lalu.

Susulan itu, Tan Sri Muhyiddin selaku Presiden parti memangku jawatan Pengerusi sehingga selesai pemilihan MPT yang baharu pada 22 Ogos depan.

Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional, Muzzammil Ismail berkata, meskipun Dr Mahathir menyerahkan borang pencalonan jawatan Pengerusi bagi pemilihan MPT, namun beliau digugurkan selepas hilang kelayakan kerana dipecat keahliannya.

Menurutnya, situasi sama berlaku kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencalonkan diri untuk jawatan Presiden parti bagi mencabar Muhyiddin.

Muzzammil Ismail
Muzzammil Ismail

“Untuk jawatan Pengerusi, masih belum ada ketetapan sama ada akan diisi atau terbubar sendiri, atau hanya jawatan Presiden kekal sebagai jawatan paling tinggi.

“Sekarang kita tidak boleh buang jawatan Pengerusi kerana persidangan (Perhimpunan Agung Tahunan) belum lagi selesai.

Artikel Berkaitan:

“Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan tetapi ada desas-desus untuk mengemukakan usul membuang jawatan Pengerusi kerana ia hanya boleh dilakukan melalui pindaan perlembagaan parti,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Berdasarkan senarai calon layak bertanding dalam pemilihan parti itu yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) mendapati tiada pencalonan bagi jawatan Pengerusi.

Bagi jawatan Presiden, Muhyiddin menang tanpa bertanding.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!