Hampir setiap hari orang datang minta kerja

Persekitaran Pasar Borong Kuala Lumpur yang nampak tenang dan bersih serta dipenuhi pekerja tempatan sejak larangan pengambilan pekerja asing dikuatkuasakan.
Persekitaran Pasar Borong Kuala Lumpur yang nampak tenang dan bersih serta dipenuhi pekerja tempatan sejak larangan pengambilan pekerja asing dikuatkuasakan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peniaga Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) tidak berdepan masalah kekurangan tenaga kerja disebabkan larangan pengambilan pekerja asing oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Peniaga, How Leng San, 55, berkata, selepas pelaksanaan larangan pengambilan pekerja asing, hampir setiap hari ada saja orang tempatan datang ke pasar borong itu untuk mencari kerja.

Menurutnya, keadaan itu menunjukkan rakyat Malaysia benar-benar terkesan dengan pandemik koronavirus (Covid-19) dan mengubah persepsi yang orang kita memilih kerja.

How Leng San
How Leng San

“Ekonomi dunia memang dalam keadaan teruk kerana seingat saya pada tahun 1998 kita juga hadapi masalah kegawatan namun ketika itu tidak ada orang tempatan yang datang ke sini untuk mencari kerja.

“Tapi sekarang, kurang sebulan tempoh pelaksanaan larangan warga asing, PBKL dah penuh dengan pekerja tempatan yang datang dari pelbagai latar belakang. Ada pemandu teksi, buruh dan lain-lain yang kebanyakannya menjadi B40 sebab tiada kerja,” katanya ketika ditemui di PBKL di sini semalam.

Katanya, setakat ini dia telah mengambil enam pekerja tempatan yang dibayar antara RM80 hingga RM100 sehari bergantung kepada jenis kerja.

“Kos upah orang tempatan memang ada sedikit mahal berbanding warga asing iaitu sekitar RM50 hingga RM80 sehari tapi itu bukan masalah besar daripada mengambil risiko warga asing yang terdedah jangkitan Covid-19 di sini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Wong Kim Syen
Wong Kim Syen

Seorang lagi peniaga, Wong Kim Syen, 45, berkata, dia menggunakan kaedah bayaran gaji secara bulanan sebanyak RM3,000 kepada sembilan pekerjanya bagi ‘mengikat’ mereka bekerja lebih lama.

“Saya tak nak bila mereka dah dapat duit nanti asyik ambil cuti atau kerja sekejap saja sebab itu saya bayar bulanan.

“Setakat ini perniagaan saya beroperasi seperti biasa, semuanya dalam keadaan baik dan semua pekerja juga tidak beri banyak masalah, jika kerja lebih tiga bulan saya buat caruman pekerja,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!