Ighalo mahu bawa United ke pentas final

Odion Ighalo
Odion Ighalo
A
A
A

PENYERANG Manchester Untied, Odion Ighalo bertekad membantu The Red Devils menewaskan Chelsea dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley Isnin ini.

Menurutnya, pentas akhir sentiasa menjadi idamannya dan ia akan sempurna jika dapat membawa kelab kesayangannya itu menjuarai trofi.

"Bagi saya dalam karier ini untuk melangkah ke final akan menjadi perkara yang sangat hebat. Pada tahun 2016 (ketika bermain bersama Watford) saya tidak berjaya membantu pasukan melangkah ke perlawanan akhir Piala FA.

"Tetapi, kini saya memiliki peluang untuk membawa United dan ia akan menjadi detik bermakna kerana United merupakan pasukan yang saya amat minati.

"Jika mampu ke akhir, ia akan membuat impian saya jadi sempurna. Memang tak mudah tetapi kami memiliki kemampuan untuk melakukannya," katanya.

Penyerang kelahiran Nigeria yang dipinjamkan dari kelab China Shanghai Shenhua itu turut menceritakan pengalamannya ketika tewas dalam saingan separuh akhir Piala FA bersama Watford empat tahun lalu.

Ighalo menyifatkan hasratnya yang sebelum ini terbantut itu mampu direalisasikannya bersama United yang tampil dengan pasukan serba lengkap untuk mara ke pentas akhir.

"Amat sukar untuk menerima keputusan kalah kepada Crystal Palace 1-2 ketika bermain di Wembley itu. Jika menang, saya akan berhadapan dengan United di final.

Artikel Berkaitan:

"Jika saya diturunkan, sudah tentu saya akan memberikan persembahan cemerlang untuk membantu pasukan menang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!