LONDON - Polis Britain semalam bertindak menggantung tugas pegawainya selepas rakaman klip video dia menekan leher seorang lelaki kulit hitam menggunakan lutut tular di media sosial. Kejadian di utara London itu menunjukkan pegawai terbabit menggunakan teknik yang tidak diajar semasa latihan ketika menahan mangsa sekali gus mencetuskan kemarahan ramai. Dalam rakaman video itu, mangsa berulang kali merayu pegawai terbabit tidak menekan bahagian lehernya. “Seorang pegawai telah digantung tugas serta-merta dan seorang lagi dalam pemantauan,” kata Timbalan Komisioner Polis Metropolitan London, Steve House. Terdahulu, pegawai polis terbabit menerima panggilan dan menahan seorang lelaki kerana disyaki membawa senjata berbahaya. Penahanan lelaki terbabit menyerupai insiden kematian George Floyd yang ditahan oleh polis di Minneasota, Amerika Syarikat (AS) pada Mac lalu. Kematian Floyd sekali gus menyemarakkan lagi kempen Black Lives Matter. - Agensi