Mangsa banjir Hilir Perak meningkat

Mangsa banjir kilat di Lorong Kedah dipindahkan ke PPS Dewan MPTI, Langkap dengan menaiki kenderaan APM. - Foto APM
Mangsa banjir kilat di Lorong Kedah dipindahkan ke PPS Dewan MPTI, Langkap dengan menaiki kenderaan APM. - Foto APM
A
A
A

TELUK INTAN - Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Langkap semalam meningkat kepada 44 orang hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak memaklumkan mangsa daripada 11 keluarga itu melibatkan penduduk dari Kampung Batu 9 dan Lorong Kedah.

“Mangsa membabitkan 22 lelaki dan 22 wanita termasuk kanak-kanak berbanding lima keluarga yang dilaporkan semalam.

“Pemantauan mendapati banjir masih belum surut sepenuhnya dengan air pada aras 0.3 meter,” katanya.

Menurutnya, 14 pegawai dan anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis, Pejabat Penghulu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rela dan MPTI bersedia di pusat berkenaan.

Semalam Sinar Harian melaporkan PPS itu dibuka pada jam 11.30 pagi bagi menempatkan 20 mangsa banjir.

Banjir kilat yang berlaku itu akibat limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!