Kementerian siasat Zulpuri salah guna kenderaan kerajaan

Xavier (tengah) mendengar taklimat mengenai pelan pembangunan loji rawatan kumbahan berkenaan.
Xavier (tengah) mendengar taklimat mengenai pelan pembangunan loji rawatan kumbahan berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan membuat siasatan ke atas Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri berhubung isu penggunaan pacuan empat roda milik Jabatan Perhutanan ketika berkempen di PRK Cameroh Highlands baru-baru ini.

Menterinya, Dr Xavier Jayakumar berkata, beliau memandang serius perkara itu dan berharap siasatan segera dapat dilakukan.

“Saya juga telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Zurinah Pawanteh membuat siasatan terhadap dakwaan (salah guna kenderaan kerajaan) yang dibuat itu.

“Selain itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang juga turut diminta untuk membuat satu laporan lengkap.

“Jadi, kita biar siasatan dilakukan. Siasatan ini tidak lama sebab isu kecil sahaja,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai Dua, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai tempoh berapa lama akan diambil untuk mengetahui hasil laporan berkenaan, jelas Xavier ia tidak mengambil masa yang lama.

“Haril laporan kemungkinan dapat diketahui selepas PRK (Cameron Highlands).

“Apa yang pasti tindakan selanjutnya akan diambil sebaik hasil penuh laporan diperolehi nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Zulpuri didakwa menyalah guna kenderaan milik Jabatan Perhutanan Pahang untuk tujuan kempen bagi calon PH.

Polis Pahang turut mengesahkan menerima laporan yang dibuat kakitangan Pejabat Hutan Daerah Raub yang mempertahankan tindakannya menyerahkan pacuan empat roda itu kepada Zulpuri

[ARTIKEL BERKAITAN:Ambil tindakan tegas kes salah guna kenderaan kerajaan]

[ARTIKEL BERKAITAN:Salah guna kenderaan kerajaan: SPRM perlu ambil tindakan!]

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!