Jawatankuasa khas tambah baik Akta OKU 2008

Ras Adiba menandatangani plak perasmian program Khemah Sedekah Jariah Orang Kota Bharu (OKB) Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK) di Rumah Kaseh Bakti OKB Jalan Sri Cemerlang di sini hari ini.
Ras Adiba menandatangani plak perasmian program Khemah Sedekah Jariah Orang Kota Bharu (OKB) Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK) di Rumah Kaseh Bakti OKB Jalan Sri Cemerlang di sini hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi melakukan penambahbaikan Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 terutama melibatkan isu kemudahan parkir dan tandas untuk golongan itu.

Ahli Dewan Negara yang juga Pengerusi dan Pengasas Persatuan Bersama OKU Sentral, Senator Ras Adiba Mohd Radzi berkata, jawatankuasa itu turut disertai oleh golongan OKU supaya gambaran jelas keperluan mereka dapat dilihat lebih inklusif.

Menurutnya, beliau bersama kumpulan Harapan OKU kini sedang melakukan perbincangan terperinci bagi memastikan segala kebajikan OKU dapat disenaraikan dalam akta tersebut.

"Kita perlukan masa bagi mengemaskini penambahbaikan akta berkenaan, sekarang ini kita sedang tubuh jawatankuasa khas.

"Antara perkara yang tidak ada dalam akta itu ialah dari segi penguatkuasaan seperti tandas, parkir dan pelbagai lagi kemudahan lain yang sering diketepikan," katanya.

Ras Adiba (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang peserta OKU yang hadir pada majlis tersebut.
Ras Adiba (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang peserta OKU yang hadir pada majlis tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Khemah Sedekah Jariah Orang Kota Bharu (OKB) Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK) di Rumah Kaseh Bakti OKB Jalan Sri Cemerlang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ras Adiba berkata, pihaknya juga mendapatkan bantuan dan rujukan daripada pakar perundangan bagi memastikan setiap dasar yang dilakukan bertepatan dengan undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, mengulas mengenai khemah yang dicetuskan pihak OKB, beliau berkata, ia merupakan idea yang cukup bernas dalam mempelbagaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!