Bayi baru lahir ditemui atas bumbung rumah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Seorang bayi lelaki ditemukan masih hidup di bumbung sebuah rumah di Taman Seri Dermawan, Bercham di sini hari ini.

Bayi cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kurang 24 jam sebelum ditemui oleh orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, polis menerima maklumat awal daripada orang awam pada jam 12.35 tengah hari.

“Polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat bayi masih bertali pusat dipercayai baru lahir dibuang atas bumbung rumah tersebut.

“Tindakan awal telah diambil dengan menghubungi pasukan perubatan dan bayi tersebut berjaya diselamatkan serta dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Susulan penemuan itu, Anuar berkata, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dibawa bersama ke hospital terbabit.

“Remaja itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah. Dia dibawa bersama-sama waris serta anggota pengiring ke HRPB bagi mendapatkan rawatan. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!