Musim buruk Guardiola

Guardiola
Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui kecewa dengan persembahan buruk pemainnya selepas tewas kepada Arsenal 0-2 dalam aksi separuh akhir Piala FA di Wembley awal pagi tadi.

Menurutnya, pemain memulakan perlawanan dengan aksi longlai pada separuh masa pertama sehingga menyaksikan The Gunners berjaya menguasai perlawanan dan menjaringkan gol.

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang menjadi pemusnah buat City apabila meledak dua gol masing-masing pada minit ke-19 dan ke-71 untuk memastikan kemaraaan ke perlawanan akhir.

"Kami tidak tampil dengan permainan yang bagus dan kami memang patut tewas. Apa yang saya sesalkan adalah kami tidak bermain baik pada babak pertama dan sudah terlewat untuk bangkit semula pada babak kedua.

"Memang ia perkara biasa dalam bola sepak dan ia selalu terjadi. Ini adalah sebuah perlawanan yang sukar dan cara kami kalah sangat mengecewakan," katanya.

Secara keseluruhan, City sememangya dominan menguasai perlawanan dengan 71 peratus penguasaan bola, namun gagal menembusi gawang Arsenal.

Kegagalan itu menyaksikan City hanya mampu memenangi Piala Liga musim ini dan pencapaian di peringkat domestik itu dilihat sangat tidak memuaskan buat The Citizen.

Dalam pada itu, Guardiola percaya pemainnya akan bangkit dan menjadikan kekalahan kepada Arsenal itu sebagai pengajaran dalam menghadapi tentangan Real Madrid dalam aksi 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara nanti.

Artikel Berkaitan:

"Kekalahan kepada Arsenal adalah pelajaran paling besar. Kami tahu standard kami dan kami akan bangkit selepas ini. Pemain juga tahu bahawa Liga Juara-Juara adalah satu-satunya piala yang kami boleh menangi musim ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!