Pilihan Raya Umum Thai 24 Mac

Kumpulan penunjuk perasaan mengadakan protes menuntut pilihan raya diadakan di negara itu. - Foto: AFP
Kumpulan penunjuk perasaan mengadakan protes menuntut pilihan raya diadakan di negara itu. - Foto: AFP
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Pilihan Raya Umum Thailand yang pertama sejak rampasan kuasa pada 2014 akan diadakan pada 24 Mac depan, menurut pihak berkuasa pada Rabu.

"Tarikh 24 Mac telah dipilih untuk pemilihan tersebut," kata pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, beberapa jam selepas dekri ditandatangani Raja Maha Vajiralongkorn yang meluluskan pilihan raya dikeluarkan.

Terdahulu, dekri diterbitkan Warta Kerajaan meminta pemilihan ahli Parlimen dan memberi tempoh lima hari kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengumumkan tarikh akan berlangsung pilihan raya tersebut.

Sebelum ini, junta memaklumkan pemilihan tersebut akan diadakan pada akhir Februari selepas berdepan desakan rakyat yang menuntut pemilihan itu diadakan segera berikutan beberapa kali ditangguhkan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!