Mohon tidak naik harga ayam
ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menasihatkan penternak, pemborong dan peruncit supaya tidak menaikkan harga ayam khususnya sebelum musim perayaan.
Setiausahanya, Mohd Yusrizal Yusoff berkata, Cake tidak menerima sebarang aduan kenaikan harga ayam di Kedah setakat ini.
"Bagaimanapun, harga ayam antara RM8 hingga RM 8.50 sekilogram ketika ini memang dirasakan agak tinggi berbanding hanya RM7.50 sekilogram sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, sebagai contohnya, harga ayam di Pasar Besar Alor Setar hari ini sekitar RM7.90 hingga RM8.50 sekilogram.
Justeru, beliau berharap ada pemantauan daripada agensi terbabit khususnya menjelang Hari Raya Aidiladha.
"Kita juga ingin mengingatkan kepada pengguna untuk membeli mengikut keperluan dan tidak membazir," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!