Dua wanita, bayi cedera dilanggar kereta di hospital

Sebuah kereta melanggar dua wanita dan bayi baru dilahirkan di sebuah hospital di Kota Damansara semalam.
Sebuah kereta melanggar dua wanita dan bayi baru dilahirkan di sebuah hospital di Kota Damansara semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Dua wanita dan seorang bayi lelaki berusia sehari cedera akibat dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di sebuah hospital di Kota Damansara, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, seorang pemandu lelaki gagal mengawal kereta dipandunya akibat tertekan pedal minyak lalu berlakunya kemalangan itu.

"Dalam kejadian pada jam 5.46 petang, seorang lelaki yang memandu kereta jenis Toyota sedang menunggu anaknya keluar dari pintu utama hospital berkenaan.

"Dia tidak dapat mengawal keretanya apabila tertekan pedal minyak sejurus nampak anaknya keluar berjalan ke tempat menunggu," katanya.

Nik Ezanee berkata, kereta tersebut kemudian melanggar tiga mangsa dan tiga kenderaan lain di tempat mengambil serta menurunkan penumpang.

Dua wanita berusia 30 dan 35 tahun serta bayi itu dilaporkan stabil dan dirawat di zon merah serta wad kecemasan hospital berkenaan.

"Suspek telah ditahan, hasil ujian alkohol serta air kencing adalah negatif," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!