Lelaki hilang selepas terjun sungai

Anggota bomba melakukan kerja-kera mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjun ke dalam sungai dari atas jambatan di Parit Warijo, Sri Medan, Yong Peng, Kluang malam tadi.
Anggota bomba melakukan kerja-kera mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjun ke dalam sungai dari atas jambatan di Parit Warijo, Sri Medan, Yong Peng, Kluang malam tadi.
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas terjun dari jambatan di Parit Warijo, Sri Medan, Yong Peng di sini malam tadi.

Penduduk yang melihat kejadian tersebut pada jam 9.15 malam menghubungi pihak bomba untuk bantuan selepas lelaki berkenaan tidak timbul.

Seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, BBP Kluang, BBP Tebrau dan BBP Batu Pahat dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua BBP Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba Othman Mohd Baher berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Lim Yong Lee, 38, dilakukan dengan menggunakan satu utiliti lori Hicom, dua utiliti Hilux dan dua bot.

"Operasi SAR turut dibantu satu jentera Light Fire rescue Team (LFRT) dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Kita menggunakan kaedah 'surface and searching' pada radius 500 meter di lokasi mangsa dipercayai terjun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, operasi itu masih diteruskan sehingga kini dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi BBP Yong Peng.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!