KKMM mulakan siasatan terhadap Al Jazeera

Saifuddin (dua dari kiri) Hasniza (kiri) melihat tikar buatan orang asli pada program pelancaran NOW Pahang di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan.
Saifuddin (dua dari kiri) Hasniza (kiri) melihat tikar buatan orang asli pada program pelancaran NOW Pahang di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan.
A
A
A

KUANTAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sudah memulakan siasatan terhadap media antarabangsa, Al Jazeera susulan penyiaran satu dokumentari yang didakwa memburukkan negara ketika mengendalikan wabak koronovirus (Covid-19) membabitkan warga asing di Malaysia baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, siasatan itu akan dilakukan Jabatan Penerangan Malaysia berkaitan akreditasi, manakala Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pula membabitkan lesen penerbitan.

"Finas sudah membuat pemeriksaan terhadap dokumentari yang buat Al Jazeera sama ada ia berlesen atau tidak. Kalau Al Jazeera didapati tidak mempunyai lesen, (atau) kita akan batalkan. Apa-apa kena tunggu laporan penuh daripada pihaknya Finas.

"Jabatan Penerangan pula boleh membatalkan akreditasi dan mereka tidak bergerak bebas seperti media rasmi lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya program pelancaran Nation of Women (NOW) Pahang di Hotel Grand Darul Makmur di sini.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyifatkan dokumentari tersebut sebagai mengelirukan, tanpa fakta jelas dan membuta tuli.

Malah, Ismail Sabri turut menyifatkan dan wartawan yang menghasilkan dokumentari tersebut sebagai tidak beretika.

ARTIKEL BERKAITAN: Al Jazeera: Pihak berkuasa berkaitan dipanggil

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai program NOW, Saifuddin berkata, KKMM bercadang untuk menawarkan kerjasama strategik NOW dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang dilihat banyak membantu usahawan menerusi e-dagang.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kerjasama antara NOW dan MDEC adalah kaedah terbaik untuk membantu wanita dalam perniagaan atas talian.

"Jadi, kita yakin MDEC boleh membantu wanita untuk berniaga dan memasarkan produk mereka," katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Presiden NOW, Haniza Mohamed Talha.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!