Bayi perempuan ditemui dalam kotak air mineral
Bayi yang ditemui orang awam di dalam kotak air mineral di Persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang, Kuala Ampang, di sini, hari ini.
A
A
A
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, orang awam telah menghubungi Balai Polis Hulu Kelang bagi memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 7 pagi.
"Kita mendapati bayi berkenaan masih bertali pusat dan beruri yang diletakkan di dalam kotak berkenaan dan ditutupi dengan daun.
"Bayi berkenaan kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut," katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Noor Azmi berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen atau barang milik bayi berkenaan.
"Bayi seberat 2.8 kilogram itu dijangka dilahirkan tidak sampai 24 jam," katanya.
Menurutnya, kes telah diklasifikasi dibawah seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu buang bayi.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kea ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zanariah di talian 0189604202 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!