'Saya terkilan, sedih'

Petugas MBSA mengecat beberapa potret yang telah diconteng di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini.
Petugas MBSA mengecat beberapa potret yang telah diconteng di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelukis mural 'wira negara', Firdaus Nordin, 26, terkilan kerana lukisan gergasi yang dihasilkan bersama dua lagi rakan di sebuah dinding kedai di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 diconteng individu tidak bertanggungjawab.

Firdaus berkata, beliau mendapat tahu selepas dihubungi rakannya melalui telefon dan terus bergegas ke lokasi itu.

"Memang saya sedih dan terkilan kerana ada yang tergamak menconteng potret pemimpin Yang di-Pertuan Agong dan wira negara yang kami lukis ini.

"Ketika petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengecat contengan dengan cat putih, saya sempat merakam video. Saya sebak dan menitiskan air mata kerana mengenangkan masa kami menghasilkan mural tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun menurut Firdaus, beliau mendapat tahu ada individu yang sudah membuat laporan polis.

Petugas MBSA mengecat beberapa potret yang telah diconteng di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini.
Petugas MBSA mengecat beberapa potret yang telah diconteng di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini.

Dalam pada itu, beberapa pengunjung yang ditemui turut menyatakan kesedihan berikutan kejadian ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat kejadian conteng mural Agong, wira negara

Artikel Berkaitan:

Pengunjung, Nurhafizah Ismail, 31, berkata ini kali pertama beliau bersama rakan datang ke sini untuk melihat sendiri mural ini.

"Saya dapat tahu potret ini di media sosial tetapi teringin melihat sendiri mural gergasi ini," katanya.

Nurhafizah juga mengakui sedih melihat pemimpin negara diconteng dengan tulisan jelik.

Nurul Hazirah Anis, 32, juga mahu polis menangkap mereka yang tidak bertanggungjawab menconteng lukisan berkenaan kerana perbuatan itu tidak dapat diterima dengan akal waras.

Terdahulu, beberapa potret yang dihasilkan oleh tiga anak muda di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 telah diconteng.

Potret yang diconteng itu dimuat naik oleh netizen di media sosial dan menerima kecaman umum mengenai tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!