Abdul Hadi harap Nasrudin terus suburkan dakwah Islam

Abdul Hadi (kiri) ketika menerima kunjungan Nasrudin di Rusila semalam.
Abdul Hadi (kiri) ketika menerima kunjungan Nasrudin di Rusila semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu dilantik, Nasrudin Hassan dapat terus menyuburkan dakwah Islam dan kebajikan di negara ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menzahirkan harapan itu ketika menerima kunjungan Nasrudin di kediaman anak lelakinya di Rusila, Marang semalam.

"Menerima kunjungan Ustaz Nasrudin Hassan, Yang Dipertua Yadim di Rusila semalam.

"Berkongsi nasihat dan pandangan sebagai panduan untuk beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan.

"Semoga dipermudahkan urusan dalam menyuburkan dakwah Islam dan kebajikan di Malaysia," kata Abdul Hadi di Facebooknya hari ini.

Hari ini merupakan hari pertama Nasrudin memulakan tugasnya sebagai Yang Dipertua Yadim yang baharu bagi menggantikan Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Nasrudin dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa tanggungjawab yang dipikul sebagai peneraju sebuah badan dakwah utama di negara ini adalah amat berat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasrudin terajui Yadim, Mohd Redza Shah pula Pengerusi YaPEIM

Artikel Berkaitan:

Justeru, beliau meminta kerjasama erat antara kakitangan amat diperlukan untuk menjayakan misi dan visi yayasan dakwah itu.

Beliau menyifatkan bahawa usaha dakwah sentiasa memerlukan perubahan dan penambahbaikan sejajar dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Yadim terdahulu di atas usaha dan pencapaian yang telah dicapai.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!