Mendapan kedua dikesan di Jalan Taman U Thant

Mendapan kedua dikesan kurang 30 meter dari lokasi pertama.
Mendapan kedua dikesan kurang 30 meter dari lokasi pertama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu lagi mendapan dilaporkan berlaku kurang 30 meter dari lokasi pertama di Residensi 16, Jalan Taman U Thant semalam.

Mendapan kedua itu dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang, kurang dua jam selepas mendapan pertama yang turut mengakibatkan tembok kawasan perumahan itu runtuh.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, kedua-dua kejadian itu dipercayai berpunca daripada paip pecah, namun kemungkinan lain yang membawa kepada mendapan itu masih disiasat.

Lokasi kedua mendapan yang ditakungi air.
Lokasi kedua mendapan yang ditakungi air.

"Saya dimaklumkan oleh penduduk yang kawasan ini kerap dilanda banjir kilat sejak 2014, namun tidak melibatkan insiden teruk sehinggalah kejadian mendapan semalam.

"Kerja pembaikan akan dilakukan segera termasuk penyelenggaraan longkang dan kerja yang bersesuaian bagi memastikan masalah di kawasan ini diatasi sepenuhnya dan tidak berulang," katanya selepas meninjau lokasi mendapan di Taman Jalan Uthant di sini hari ini.

Menurutnya, kos pembaikan akan ditanggung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sementara Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) akan terlibat membuat kajian teknikal di lokasi.

Artikel Berkaitan:

Nor Hisham (tiga dari kiri) meninjau lokasi kejadian.
Nor Hisham (tiga dari kiri) meninjau lokasi kejadian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan laluan ke Residensi 16, Jalan Taman U Thant di sini ditutup kepada orang awam susulan kejadian jalan mendap dan tembok runtuh yang dilaporkan pada jam 3.30 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalan ditutup susulan tanah mendap, tembok runtuh

Mendapan hampir 1 meter itu menyebabkan pokok dan tiang kabel di sekitarnya condong serta hampir tumbang.

Nor Hisham berkata, pemantauan berterusan di lokasi akan dilakukan dengan memastikan isu keselamatan penduduk menjadi keutamaan.

"Tindakan lanjut akan diputuskan selepas keputusan teknikal dikeluarkan Ikram, setakat ini saya dimaklumkan tiada pergerakan tanah berlaku.

"Belum ada arahan pengosongan unit dikeluarkan, ia bergantung selepas ujian teknikal selesai," katanya.

Difahamkan, Ikram akan memulakan kajian kestabilan tanah bermula hari ini dengan koordinasi agensi berkaitan sebelum langkah seterusnya diambil.

Mendapan pertama yang berlaku di residensi 16, Jalan Taman U Thant semalam.
Mendapan pertama yang berlaku di residensi 16, Jalan Taman U Thant semalam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!