UMNO Shah Alam kecam tindakan conteng mural

Azhari (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam.
Azhari (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO Bahagian Shah Alam mengutuk perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang telah menconteng mural potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta potret beberapa pimpinan negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, tindakan sebegini amat dikesali kerana mural tersebut diabadikan sebagai menghargai sumbangan semua pihak khususnya pemimpin negara dalam menangani pandemik koronavirus (Covid-19).

"Tindakan sebegini tidak dapat diterima sama sekali dan amat tidak bertamadun.

"Kami berharap pelaku yang tidak bertanggungjawab ini diberkas dengan segera dan dibawa ke muka pengadilan," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 di sini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!