Perkasa sektor pelancongan domestik

Mohd Ali ketika berucap pada perasmian Persidangan Kedua Penggal Ketiga DUN Melaka ke-14, di Seri Negeri di sini.
Mohd Ali ketika berucap pada perasmian Persidangan Kedua Penggal Ketiga DUN Melaka ke-14, di Seri Negeri di sini.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri perlu memberi fokus kepada usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri menerusi tarikan pelancong domestik.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam berkata, berdasarkan data pelancongan negeri, pelancong domestik masih mendominasi kehadiran pelancong ke negeri ini pada tahun lalu.

Beliau turut mencadangkan supaya diteruskan semula program-program pelancongan pameran seperti festival flora, Pameran Antarabangsa Sungai Melaka dan festival penerbangan selain bekerjasama dengan pemain industri pelancongan untuk merangka pelan yang lebih komprehensif mempromosikan Melaka.

"Saya gembira atas kesungguhan kerajaan untuk menyusun semula tempat pelancongan tradisional supaya turut mendapat tempat dalam kalangan pelancong.

"Dalam keghairahan kita menarik kedatangan pelancong, pihak berkepentingan disaran bersama agensi kerajaan berkaitan untuk menggunakan peluang menambah baik kualiti dan imej Melaka sebagai negeri paling bersih dan selamat," katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Kedua Penggal Ketiga DUN Melaka ke-14, di Seri Negeri di sini.

Menurutnya, sebagai negeri yang kaya dengan elemen kebudayaan dan sejarah, kerajaan negeri perlu meneruskan komitmen merancakkan sektor itu dengan memastikan produk pelancongan terdiri daripada sejarah, budaya, rekreasi, pendidikan, sukan, kesihatan, konvensyen, makanan, selain pusat membeli belah dalam keadaan baik.

Dalam perkembangan lain, Mohd Ali berkata, bidang perusahaan bioteknologi perlu dipergiatkan sebagai fokus baharu negeri kerana bidang tersebut amat luas dan berupaya menjadi sebuah pusat penyelidikan, pusat perkembangan ilmu dan rujukan.

"Perbadanan Bioteknologi Negeri Melaka harus mempunyai azam yang jelas bagi membawa bidang bioteknologi negeri ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Banyak teknologi baharu boleh dikomersialkan untuk membantu pertumbuhan ekonomi negeri yang berteraskan inovasi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!