Najib saran individu ingkar kuarantin dihukum penjara

Tangkap layar Facebook Najib hari ini.
Tangkap layar Facebook Najib hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Hukuman penjara mandatori perlu dikenakan terhadap individu yang melanggar perintah kuarantin Covid-19 di kediaman masing- masing.

Saranan itu diutarakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyokong pandangan Penasihat Khas Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood yang berharap langkah lebih tegas diambil terhadap individu didapati melanggar perintah berkenaan.

"Kes-kes macam ni yang buat saya kurang senang dengan keberkesanan perintah kuarantin wajib di rumah sendiri bagi mereka yang pulang dari luar negara.

"Mereka yang ingkar kuarantin juga perlu dikenakan penjara mandatori dan bukan hanya dengan denda kompaun RM1,000 sahaja.

"Apalah RM1,000 bagi mereka yang mampu melawat ke luar negara," katanya di Facebooknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: JKN Perak siasat individu PUS langgar kuarantin Covid-19

Terdahulu, tular sekeping gambar seorang wanita yang sepatutnya menjalani kuarantin di rumah tetapi bebas menikmati makanan di sebuah kafe di Perak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!