Anggota Kabinet Thailand kelima undur diri
BANGKOK - Menteri di Pejabat Perdana Menteri Thailand, Tewan Liptapanlop telah meletak jawatan hari ini, menjadi anggota kelima Kabinet Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha yang berundur dalam tempoh kurang dari lima hari.
Jurucakap Parti Chart Pattana, Yaowapa Boorapolchai berkata, kepimpinan parti telah memutuskan Tewan akan meninggalkan jawatannya untuk membuka jalan bagi rombakan kabinet.
Chart Pattana adalah antara 20 parti gabungan pemerintah yang dipimpin oleh Prayut dan hanya memegang satu jawatan kabinet.
Keputusan pengunduran itu dibuat selepas Menteri Kewangan, Utama Savanayana; Wakil Perdana Menteri, Somkid Jatusripitak dan dua menteri lain keluar dari Kabinet Prayut pada Khamis lalu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!