Saintis NZ cipta sistem amaran gunung berapi baharu
WELLINGTON - Saintis New Zealand telah mencipta sistem pengesan letusan gunung berapi baharu yang dapat memberikan amaran bencana di White Island dengan lebih cepat.
Salah seorang saintis yang terlibat dalam projek itu, Shane Cronin berkata, sistem yang digunakan terdahulu lambat memberi amaran awal kepada orang ramai.
Menurutnya, sistem baharu tersebut menggunakan mesin pengkaji algoritma bagi menganalisis data semasa untuk meramalkan letusan yang bakal berlaku.
Sistem tersebut juga mempunyai data yang dikumpulkan selama sembilan tahun terakhir dari White Island bagi mempelajari corak letusan.
Pada Disember 2019, seramai 21 orang termasuk pelancong terkorban ketika gunung berapi paling aktif di negara itu, yang turut dikenali sebagai Whakaari, tiba-tiba meletus. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!