Kembalinya legasi Indira Gandhi

Priyanka Gandhi
Priyanka Gandhi
A
A
A

NEW DELHI - INDIA. Dalam perkembangan mengejutkan, Priyanka Gandhi Vadra, anak perempuan bekas Ketua Kongres, Sonia Gandhi telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Kongres di Uttar Pradesh pada Rabu.

Pelbagai reaksi diterima tidak lama selepas pelantikannya dan ada yang membandingkannya dengan dengan neneknya dan bekas perdana menteri, Indira Gandhi yang merupakan salah seorang tokoh politik terkuat dalam sejarah kemerdekaan India.

"Kami telah lama menantikan detik ini. Keputusan untuk melantiknya akan menjadi game changer. Kami sangat gembira dan semua orang meraikannya," kata jurucakap Jawatankuasa Kongres Uttar Pradesh, Peeyush Mishra.

Kedudukannya yang kini lebih dekat dengan pemimpin parti dijangka bakal menyaksikan perubahan besar dalam organisasi parti pada tahap berbeza.

Sementara itu, pemimpin Kongres, Rajeev Shukla dan Motilal Vohra menyifatkan pelantikan Priyanka akan memulihkan parti di seluruh negara.

Kongres kini mempunyai tugas sukar di Uttar Pradesh menjelang pilihan raya umum selepas Parti Samajwadi dan Parti Bahujan Samaj mengumumkan perikatan mereka pada awal bulan lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!