RUU perbekalan berjumlah RM7.184 bilion dibentang kali pertama

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 dibentangkan di persidangan Dewan Rakyat buat kali pertama hari ini bagi memohon perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun ini sebanyak RM7,184,083,200.

RUU tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Bacaan kali kedua RUU itu akan turut dibentang pada sesi Dewan Rakyat kali ini.

Permohonan peruntukan tersebut adalah berikutan penyusunan semula beberapa kementerian, penubuhan beberapa kementerian baharu dan pembubaran satu kementerian selaras dengan pembentukan Kabinet baharu pada 10 Mac 2020.

Perbelanjaan tambahan itu dimohon untuk Jabatan Perdana Menteri iaitu sebanyak RM310,621,700, Perbendaharaan (RM17,253,000) dan Perkhidmatan Am Perbendaharaan (RM2,405,900).

Peruntukan itu juga adalah bagi Kementerian Perpaduan Negara (RM240,452,000), Kementerian Luar Bandar (RM189,165,000), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (RM102,603,900) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (RM10,000,000).

Selain itu, ia turut melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (RM12,410,600), Kementerian Alam Sekitar dan Air (RM305,993,000), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (RM70,366,000) dan Kementerian Pengajian Tinggi (RM5,922,811,700). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!