Aktivis Jerman diculik di Iraq
BAGHDAD - Seorang aktivis Jerman diculik lelaki bersenjata tidak dikenali di Baghdad, Iraq pada Isnin, kata polis.
Hella Mewis yang juga ketua jabatan budaya Institut Goethe Jerman di Baghdad diculik berdekatan dengan pejabatnya di Jalan Abu Nuwas pada waktu petang, kata polis Iraq Ahmad Khalaf kepada agensi berita Anadolu.
Tambahnya, pasukan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri serta polis melancarkan misi mencari di kawasan itu.
Belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!