'Saya tinggalkan anak dalam keadaan baik'

Amirah ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru hari ini.Gambar Kecil:Muhammad Dzul
Amirah ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru hari ini.Gambar Kecil:Muhammad Dzul
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ibu kepada bayi lelaki berusia tiga bulan yang meninggal dunia ketika dalam jagaan bapanya di Kampung Bukit Tempurung, Gelang Patah di sini semalam, masih terkejut dengan kejadian itu.

Amirah On Rizal, 22, berkata, pada hari kejadian dia yang berniaga di sebuah warung makanan ada pulang ke rumah untuk memberikan susu kepada anaknya, Muhammad Dzul Syaqib pada jam 10 pagi.

Menurutnya, ketika itu Muhammad Dzul termasuk dua lagi anaknya yang berusia 6 dan 4 tahun dalam keadaan baik.

"Bila saya balik ke rumah pada jam 5 petang, saya lihat anak dalam keadaan terlentang dan badannya juga sejuk.

"Ketika itu, suami saya tiada rumah," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru hari ini.

Amirah berkata, dia bersama ibunya, Kamisah Rahmat, 45, segera membawa anaknya itu ke Klinik Kesihatan Gelang Patah dan disahkan meninggal dunia.

"Ketika saya di klinik, saya dimaklumkan suami sudah ditahan polis di rumah kami," katanya.

Dalam kejadian 5.15 petang semalam, seorang bayi berusia tiga bulan meninggal dunia ketika dalam jagaan bapanya yang positif dadah di Gelang Patah.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, bayi tersebut dijaga oleh bapanya berusia 31 tahun ketika nenek dan ibunya keluar berniaga di sebuah warung makanan di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah pada awal pagi.

Beliau berkata, bapa bayi itu sudah ditahan dan ujian air kencingnya didapati positif dadah.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi tiga bulan maut dalam jagaan bapa

Punca kematian bayi diketahui selepas bedah siasat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!