Saya tidak ada kes dituduh atas TH, kata Abdul Azeez

Abdul Azeez Abdul Rahim
Abdul Azeez Abdul Rahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menjelaskan dirinya tidak pernah mempunyai sebarang tuduhan di mahkamah membabitkan kes Tabung Haji (TH).

Beliau berkata, mana-mana ahli Parlimen pembangkang boleh memeriksa status itu sekiranya belum jelas mengenai perkara tersebut.

"Saya belum dituduh lagi, untuk makluman (Ahli Parlimen) Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad), saya tidak ada satu kes pun dituduh atas TH sampai dua tahun dua bulan ini, sila pergi periksa tuan (Dr Mahathir)," katanya dalam perbahasan menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) bangkit mencelah dengan mengatakan Dewan Rakyat bukan mahkamah untuk Abdul Azeez membuat penjelasan berhubung tuduhan ke atas dirinya.

Sementara itu, dalam sesi perbahasan sama, Abdul Azeez turut menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dakwaan penyelewengan dalam TH.

Katanya, kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menubuhan RCI itu bagi memastikan kebenaran sebenar di sebalik skandal itu ditemui.

"Saya ingin mengusulkan (supaya) ada satu RCI ditubuhkan oleh kerajaan PN di bawah Pagoh (Muhyiddin) hari ini bagi mencari kebenaran di sebalik satu skandal yang amat memilukan orang Islam ini.

"Sekiranya ia ditubuhkan saya sendiri menawarkan diri untuk disiasat bagi memberi kerjasama bagi membuktikan kebenaran dan hakikat sebenar dalam institusi TH hari ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Abdul Azeez dilantik sebagai Pengerusi TH pada tahun 2013 sebelum meletak jawatan pada tahun 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!