KKM bimbang situasi semasa Covid-19

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melahirkan kebimbangan terhadap situasi semasa pandemik Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebelakangan ini jumlah kes harian yang dilaporkan didapati terus meningkat terutamanya kes penularan dalam negara.

"Sebelum ini, jumlah kes aktif telah menurun kepada 63 kes pada 9 Julai, namun ia mula meningkat kembali melebihi 100 kes pada 19 Julai.

"Kini angka tersebut mencecah 130 kes," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga kini, jumlah kluster yang aktif adalah 19 kluster, di mana terdapat 13 kluster baharu yang diumumkan dalam 10 hari kebelakangan ini.

"Tiga daripada 13 kluster ini adalah berkaitan dengan penularan tempatan kes Covid-19 daripada kes import iaitu Kluster PUI Novgorod, PUI Shirala dan PUI Pitakwa," katanya.

Beliau berkata, Kluster Jupiter tidak mengakibatkan penularan tempatan memandangkan ianya melibatkan kluster terpencil yang dikuarantin di dalam sebuah kapal berlabuh.

"Oleh itu, KKM menyambut baik keputusan mewajibkan prosedur kuarantin wajib 14 hari kepada warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara di Stesen Kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan, berkuatkuasa Jumaat ini.

Artikel Berkaitan:

"Ini diharap dapat mengelakkan daripada berlaku lagi kluster seperti ini," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat sembilan kluster lain yang merupakan penularan berkaitan kes tempatan di dalam negara dan tidak berkaitan dengan kes import.

"Ini menunjukkan masyarakat sememangnya telah mulai alpa dan leka sehingga tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!