Jari bayi enam bulan tersepit alat permainan

Bayi berkenaan tertidur dalam keadaan jarinya tersepit pada alat permainan.
Bayi berkenaan tertidur dalam keadaan jarinya tersepit pada alat permainan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jari seorang bayi berusia enam bulan tersepit pada alat permainan dalam kejadian di Perumahan Polis Kelompok Melawati 10 Taman Setiawangsa, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 1.25 tengah hari hari ini, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat mengambil masa beberapa minit untuk menenangkan bayi tersebut yang menangis kesakitan sebelum kerja menyelamat diteruskan.

Ketua Operasi, Nik Mohd Faizuadi Mohd Nawi berkata, anggota menggunakan alat pemotong untuk memecahkan alat permainan tersebut.

"Jari bayi berkenaan berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.06 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!