Nazri susah nak komen sokong Najib
SHAH ALAM - “Cakap apa pun tak ada guna”. Demikian reaksi Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika diminta mengulas soal perkembangan terkini skandal 1MDB.
Menurutnya, skandal itu sudah menjadi kes di mahkamah dan tidak sepatutnya dibincangkan di luar mahkamah.
“Pada saya terserah kepada mahkamah sebab kita dalam undang-undang ada satu terma, subjudis, maknanya perkara yang telah didakwa di mahkamah kalau di luar kita komen ia dikira menghina mahkamah.
“Jadi bagi saya, tunggu mahkamah buat keputusan, itu sajalah. Sebab kalau kita cakap apa pun tak ada gunanya,” katanya kepada Sinar Harian.
Hari ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad dilaporkan mendakwa telah diarah meminda beberapa kali kandungan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB termasuk menggugurkan nama Jho Low.
[ARTIKEL BERKAITAN: Nama Jho Low diarah gugur dari laporan akhir 1MDB]
Mengulas soal sokongan diterima bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas dakwaan demi dakwaan dikenakan, Nazri menyifatkan perkara itu sebagai demokrasi.
“Biarlah tak ada masalah. Kalau nak terus pertahankan itu hak mereka. Ini demokrasi kan?
“Saya tak tahu kenapa (mereka tetap sokong), saya memang tak tahu. Susah nak komen,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!