Tun M pun tak dihormati!

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

DI manakah adab sesetengah ahli Parlimen kita? Awang kesal sangat cara gangguan apabila Tun mantan Perdana Menteri berucap di Parlimen baru-baru ini. Banyaklah ahli Parlimen daripada pihak kerajaan yang cuba mencelah.

Bukan mencelah untuk berhujah tapi dengan niat menghina. Terkeluarlah beberapa perkataan yang tak sepatutnya dilontarkan pada Tun mantan Perdana Menteri.Kalau sesetengah ahli Parlimen ini nak rosakkan nama baik Dewan Rakyat, buatlah.

Kalau nak jadikan Dewan yang mulia itu macam sarkas, rakyat tak boleh larang.

Yang berucap itu bukan sebarang orang, beliau mantan Perdana Menteri dua kali. Beliau Presiden UMNO selama 22 tahun. Beliau adalah arkitek kemajuan industri dan teknologi kita. Beliau banyak mengubah minda rakyat kita.

Kalau benci macam mana pun pada beliau tak usahlah diungkit-ungkit hal yang tak relevan dengan perbahasan. Awang lebih kecewa oleh sebab yang bising itu dulu bersama-sama dengan beliau dalam parti dan kerajaan.

Orang yang sama yang julang dia dan biarkan apa pun kesalahan yang beliau buat masa itu. Ada juga dalam kalangan mereka yang jadi kaya raya oleh sebab pertolongannya.

Memang betullah kata Tun mantan Perdana Menteri, orang Melayu mudah lupa.

Bagi Awang, kalau buat-buat lupa tak apa, tapi hormatilah tokoh politik veteran. Orang yang banyak berjasa. Malulah sikit kat anak cucu yang boleh tengok perbahasan itu melalui media sosial.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!