Padah main layang-layang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadi punca kejadian terputus bekalan elektrik selama lima jam di Bali, Indonesia pada Ahad lalu.

Ketua Polis Denpasar, Senior Komisioner Jansen Avitus Panjaitan berkata, kejadian berlaku semasa lelaki berusia 50 tahun yang dikenali sebagai DKS itu menerbangkan layang-layang tradisional Bali bersaiz besar yang dilekatkan pada tali sepanjang 150 meter, terputus dan jatuh ke pencawang elektrik milik syarikat elektrik negeri, PLN.

Katanya, akibat daripada itu, tiga pencawang tersebut mengalami litar pintas dan memutuskan bekalan elektrik yang menjejaskan 71,121 rumah serta bangunan di sekitar Kuta, Denpasar Selatan, dan Denpasar Timur.

"DKS mengakui kesalahannya dan didakwa berdasarkan Artikel 188 Kanun Jenayah kerana kecuaian membahayakan orang lain, yang membawa hukuman penjara satu bulan hingga lima tahun.

"Langkah ini diambil untuk memberikan peringatan agar orang ramai akan lebih bertimbang rasa dalam memilih lokasi dan panjang tali yang mereka gunakan ketika bermain layang-layang," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!