Penganggur ditahan bersama syabu, ketamin

Dadah yang dirampas daripada suspek dalam Ops Tapis di Sungai Lokan semalam.
Dadah yang dirampas daripada suspek dalam Ops Tapis di Sungai Lokan semalam.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang penganggur ditahan bersama beberapa jenis dadah di sebuah rumah di Sungai Lokan, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan pada jam 2 petang oleh sepasukan polis dalam Ops Tapis.

Menurutnya, polis berjaya merampas 51 gram syabu, 2.4 gram ketamin dan 10 biji pil eramin 5 seberat 2.7 gram.

"Hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas adalah untuk dijual di kawasan Mak Mandin di sini. Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM5,600.

"Tangkapan dan rampasan dadah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing suspek positif ketamin dan syabu.

"Suspek direman tujuh hari sehingga 28 Julai ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!