69,734 murid di NS kembali ke sekolah hari ini

Md Fiah (berdiri, tengah) ketika melawat kelas murid Tahun Satu di SK Tekir di sini pagi tadi.
Md Fiah (berdiri, tengah) ketika melawat kelas murid Tahun Satu di SK Tekir di sini pagi tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 69,734 murid Tahun Satu hingga Tahun Empat membabitkan 352 buah sekolah di Negeri Sembilan memulakan sesi persekolahan hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Md Fiah Md Jamin berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 312 murid adalah dari empat buah sekolah yang menempatkan murid orang asli.

"Sekolah berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan(SK) Putra, SK Senibai, SK Sg Sampo dan SK Tekir.

"Berdasarkan pemerhatian saya dan maklumat yang diperoleh, sesi pengajaran dan pengajaran (PnP) di semua sekolah berjalan lancar serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya pada sidang akhbar selepas melawat SK Tekir di sini hari ini.

Menurutnya, hanya permasalahan kecil yang disuarakan oleh kebanyakan sekolah yang telah memulakan sesi persekolahan sebelum ini iaitu berkenaan kesesakan di luar pintu pagar sekolah.

Bagaimanapun katanya, masalah itu akan dibaiki dari semasa ke semasa dan semua pelajar mampu memberi kerjasama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!