14 cedera dalam insiden tembakan di Chicago

Seramai 14 cedera dalam insiden tembakan di Chicago. - Foto AP
Seramai 14 cedera dalam insiden tembakan di Chicago. - Foto AP
A
A
A

WASHINGTON - Seramai 14 cedera dalam insiden tembakan di Chicago semalam dan kesemuanya kini dirawat di hospital, lapor agensi berita Sputnik memetik Timbalan Penguasa Polis Chicago, Eric Carter.

Laporan awal mengatakan 11 cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.30 malam di 1000-blok West 79th Street, lokasi berlangsungnya upacara pengebumian.

"Ada 14 mangsa dirawat di lima hospital berasingan. Buat masa ini keadaan mereka masih tidak dapat dipastikan," kata Carter.

Menurut Carter, setakat ini polis menahan seorang suspek dan motif kejadian masih disiasat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!