Rezeki sedekad cuci botol

Roszailina Mohd Yussof, 37, antara pencuci botol yang masih setia melakukan kerja tersebut.
Roszailina Mohd Yussof, 37, antara pencuci botol yang masih setia melakukan kerja tersebut.
A
A
A

PASIR PUTEH - Pekerjaan mencuci botol budu, sos dan minuman kini semakin 'pupus' selari dengan arus kemodenan dan taraf ekonomi dikecapi negara pada masa ini.

Suatu masa dahulu pekerjaan itu cukup popular dalam kalangan penduduk Kampung Permatang Sungkai kerana ia merupakan rezeki tambahan sekali gus mampu memperkukuhkan lagi ekonomi keluarga penduduk di sini.

Namun begitu, pekerjaan itu semakin dilupakan apabila penduduk kampung mula beralih arah kepada bidang yang mendatangkan pulangan lebih lumayan.

Bagaimanapun, seorang penduduk kampung berkenaan, Maznah Mat Yazid, 48, masih setia melakukan pekerjaan mencuci botol sejak sedekad lalu.

Maznah menunjukkan botol yang dibeli daripada orang ramai untuk dicuci.
Maznah menunjukkan botol yang dibeli daripada orang ramai untuk dicuci.

Maznah berkata, sebelum ini dia mempunyai hampir 10 orang pekerja, namun jumlah itu makin berkurangan dari tahun ke tahun.

Katanya, ketika ini saya hanya mempunyai dua orang pekerja yang masih setia dengan tugas mencuci botol.

"Kadar upah pula bergantung kepada jumlah botol yang dicuci dan saiznya.

Artikel Berkaitan:

"Bagi 100 biji botol bayaran yang akan diberikan sekitar RM5. Seorang pekerja mampu menjana pendapatan sekitar RM30 sehari mengikut tahap kerajinan mereka," katanya.

Menurutnya, setiap botol yang dicuci akan dibersihkan sebaik mungkin bagi memastikan segala sisa kotoran yang melekat berjaya ditanggalkan.

Katanya, hal ini bagi memastikan pembeli berpuas hati dengan kualiti kerja yang dilakukan olehnya.

"Dalam sehari dia dan pekerjanya mampu mencuci sekitar 1,000 biji botol pelbagai saiz.

"Kesemua botol ini dibeli daripada rumah ke rumah dengan harga 10 sen tiga biji botol," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!