Permulaan semula sesi persekolah - PKPP
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana Mohd Nazri Mash Tuki (tengah) memberi taklimat ringkas tentang panduan penjarakkan sosial kepada murid tahun satu pada hari pertama pembukaan semula sesi persekolahan bagi murid tahun satu hingga empat ketika tinjauan hari ini.
Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana, Nur Alya Humairah Abdul Mutalib dilihat memakai perisai pelindung muka ketika hadir pada hari pertama pembukaan semula sesi persekolahan bagi murid tahun satu hingga empat ketika tinjauan hari ini.
Murid-murid darjah Dua Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist memakai 'Face Sheild' semasa menghadiri sesi persekolahan hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Datuk Najmi Ahmad meninjau suasana hari pertama persekolahan bagi para murid Tahun 1 hingga Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra (SKTARP) sempena pembukaan semula sesi persekolahan sepenuhnya bermula hari ini.
Pekerja kantin Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra (SKTARP) menyiapkan bekalan makanan kepada para murid yang akan dihantar ke kelas pada waktu rehat ketika tinjauan sempena pembukaan semula sesi persekolahan sepenuhnya bermula hari ini. mengekang penularan COVID-19.
Guru sekolah mengambil suhu murid-murid sebelum dibenarkan masuk ke kelas ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Meru Raya hari ini.
Abdul Azim Abdul Malik, 31 menghantar anaknya, Nur Marissa Abdul Azim, 7, ke Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra (SKTARP) sempena pembukaan semula sesi persekolahan sepenuhnya bagi murid-murid Tahun Satu hingga Empat yang bermula hari ini.
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!