Ajal hari pertama sekolah

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan.
A
A
A

ALOR GAJAH - Hasrat seorang murid perempuan Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Melana, Durian Tunggal di sini untuk bertemu rakan dan guru pada hari pertama persekolahan dibuka hari ini tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Jalan Panchor.

Nur Aqilah Husna Abdullah, 9, membonceng motosikal ditunggang bapanya yang berusia 33 tahun dalam perjalanan dari rumah mereka di Sri Pengkalan untuk ke sekolah tersebut sebelum motosikal mereka dirempuh kenderaan lain dalam kejadian jam 7.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan itu membabitkan empat kenderaan apabila sebuah kereta Proton Wira dari arah Pantai Belimbing menghala ke Melaka Pindah hilang kawalan lalu memasuki arah bertentangan.

Anggota bomba berada dilokasi kejadian bagi membantu mangsa yang tercedera dalam kemalangan di Jalan Panchor, Durian Tunggal Alor Gajah.
Anggota bomba berada dilokasi kejadian bagi membantu mangsa yang tercedera dalam kemalangan di Jalan Panchor, Durian Tunggal Alor Gajah.

"Kereta itu kemudian merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang dipandu lelaki berusia 47 tahun dan sebuah lori yang berada di laluan itu.

"Lori tersebut pula merempuh motosikal ditunggang bapa mangsa yang berada di sebelah kenderaan berat itu ketika pemandunya cuba mengelak rempuhan," katanya.

Menurutnya, akibat rempuhan itu mangsa terperosok di bawah lori terbabit sebelum disahkan meninggal dunia manakala pemandu kereta Proton Wira berusia 28 tahun mengalami cedera di bahagian kepala.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala bapa mangsa dan pemandu Proton Wira dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!