Semakin ramai banduan di AS dijangkiti Covid-19
HOUSTON - Jumlah kes Covid-19 di sebuah penjara di selatan Texas Amerika Syarikat (AS) meningkat mendadak kepada 510 pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, memetik Biro Penjara.
Lebih 500 wanita positif Covid-19 di penjara Federal Medical Center-Carswell di Fort Worth, bandar kelima terbesar di Texas.
Tiga minggu lalu, penjara itu hanya mencatatkan tiga kes Covid-19. Kematian pertama dilaporkan pada April dan kedua pada 12 Julai.
Media tempatan melaporkan penjara wanita itu dihuni oleh banduan yang mempunyai masalah kesihatan dan mental, kini menempatkan sekitar 1,357 tahanan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!