Tiada pelajar di Pahang dijangkiti Covid-19

Zaimi (kiri) bertanyakan sesuatu kepada murid Tahun Satu di SK Sungai Talam yang memulakan sesi persekolahan hari ini.
Zaimi (kiri) bertanyakan sesuatu kepada murid Tahun Satu di SK Sungai Talam yang memulakan sesi persekolahan hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Tiada pelajar di Pahang dilaporkan dijangkiti wabak koronovirus (Covid-19) sejak sesi persekolahan bermula 15 Julai lalu sehingga hari ini.

Pengarah Pendidikan Pahang, Zaimi Abu Bakar berkata, semua pelajar di negeri ini berada dalam keadaan sihat dan selamat untuk meneruskan sesi persekolahan.

"Kita berdoa supaya tidak timbul isu ini (pelajar dijangkiti Covid-19) dan kita harapkan pelajar dapat belajar dengan tenteram dan selamat.

"Jadi, sebab itu kita meminta pihak sekolah mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas lawatan dan pemantauan pembukaan sesi persekolahan bagi murid Tahun Satu hingga Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam di sini hari ini.

Zaimi meminta seorang murid Tahun Satu menunjukkan cara mencuci tangan dengan betul pada sesi lawatan di SK Sungai Talam hari ini.
Zaimi meminta seorang murid Tahun Satu menunjukkan cara mencuci tangan dengan betul pada sesi lawatan di SK Sungai Talam hari ini.

Hadir sama, Guru Besar SK Sungai Talam, Normah Seliman.

Zaimi berkata, menerusi pemantauan SOP dilakukan, pihak sekolah termasuk guru, pelajar dan kakitangan mengamalkan penjarakkan sosial, mengambil suhu di pagar sekolah dan menggunakan pencuci pembasmi kuman serta kerap mencuci tangan.

Artikel Berkaitan:

Ditanya mengenai kewajipan pelajar memakai pelitup muka, Zaimi berkata, pihaknya menggalakkan pelajar berbuat demikian untuk menjaga keselamatan diri.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya ada pelajar yang bergelaja, berpenyakit dan mempunyai imunisasi rendah diwajibkan memakai pelitup muka.

"Kalau ada pelajar yang batuk, selesema dan ada penyakit kena pakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!