BMW antara kenderaan tersadai diangkut DBKL

BMW antara 13 kenderaan yang ditunda DBKL selepas didapati dibiarkan tersadai di tepi jalan.
BMW antara 13 kenderaan yang ditunda DBKL selepas didapati dibiarkan tersadai di tepi jalan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kenderaan jenis BMW antara 13 kenderaan buruk dan tersadai yang diangkut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Wangsa Maju dan pusat bandar raya semalam.

Difahamkan ada antara kenderaan ditunda yang hanya tinggal rangka dan dipenuhi pelbagai sampah.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan dalam operasi bermula jam 8 pagi itu turut ditunda dua kereta Perodua Kancil yang tersadai di tempat letak kereta pelawat Pintu 3, Istana Negara.

“Operasi melibatkan 19 orang petugas DBKL itu turut mengangkut dua van buruk masing-masing jenis Daihatsu dan Nissan yang tersadai di Kuchai Maju dan Taman Gemilang, Cheras.

“Lapan lagi kenderaan iaitu tiga jenis Proton Iswara, Charade, Proton Saga Proton Wira, sebuah jip jenis Suzuki dan sebuah motosikal jenis Modenas ditunda di sekitar Kuchai Lama, Desa Petaling, Sri Petaling, Pekan Sungai Besi, Jalan Perak dan Taman Connaught, Cheras,” menurut kenyataan itu.

Antara kenderaan buruk yang ditunda DBKL semalam.
Antara kenderaan buruk yang ditunda DBKL semalam.

Kesemua kenderaan yang ditunda dibawa ke Depoh Simpanan Taman Connaught, Cheras.

Sementara itu, dalam operasi berlainan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus memperkasakan tindakan penundaan kenderaan berat yang diletakkan di bahu jalan melalui Operasi Bersepadu Menunda Kenderaan Berat di Seksyen U13 di sini.

Artikel Berkaitan:

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, operasi diadakan bertujuan mengesan dan membanteras masalah kenderaan berat seperti lori dan bas yang diletakkan di kawasan awam termasuk kawasan kediaman dan rizab jalan.

“Dalam operasi ini, sebuah bas disita mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bagi kenderaan berat yang tidak dialihkan, pemilik akan dikompaun dan dikenakan caj tunda sebanyak RM2300. Kenderaan akan dihantar ke Depoh Simpanan Tunda MBSA, Seksyen U16 dan caj bagi simpanan di depoh adalah sebanyak RM50 sehari,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!