Sidang DUN Melaka riuh isu lompat parti

Ghazale bangun bagi meredakan keadaan dewan yang sedikit kecoh ketika
sesi perbahasan ucapan, hari ini.
Ghazale bangun bagi meredakan keadaan dewan yang sedikit kecoh ketika sesi perbahasan ucapan, hari ini.
A
A
A

MELAKA - Persidangan kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 kembali gamat ketika sesi perbahasan ucapan perasmian pembukaan penggal pertama di Ayer Keroh, di sini, hari ini susulan isu lompat parti dilontarkan oleh salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

ADUN Kesidang, Alex Seah Shoo Chin mengaitkan isu pengkhianatan atau melompat parti dalam dewan itu hingga menyebabkan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis bangun membidas dengan mengatakan bahawa peraturan mesyuarat bukan untuk membincangkan perkara yang tiada kaitan.

Suasana gamat itu akhirnya berjaya ditenangkan dengan teguran Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ghazale Muhammad yang mengingatkan supaya ahli dewan jangan menyentuh perkara yang bukan-bukan.

"Dah pesan, dah ingatkan dan tegur. Apa lagi nak disampaikan untuk memperingatkan ahli-ahli Yang Berhormat.

"Kita bangga dipilih oleh rakyat tapi mengapa perangai seperti orang berada di pasar borong? Malu kita," tegur beliau dengan tegas.

Suasana dewan kembali tenang sebelum Shoo Chin menyambung perbahasan ucapan beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!